To English Version


Laman Utama
Perutusan Pengerusi
Perutusan Setiausaha
Profil Majlis
Piagam PelangganStruktur OrganisasiSenarai Pegawai Kanan
Peruntukan Undang-Undang

Pertanyaan Am Perkhidmatan
Tempat-Tempat Perlancongan
MPP Dalam Talian
Pesta Padawan



Majlis Berdekatan
Dewan Bandaraya Kuching UtaraMajlis Bandaraya Kuching Selatan

Lain-Lain RangkaianMalaysian Civil Service Linkhttp://www.myonestopsarawak.com.mySARAWAK Online

Selamat Datang ke Laman Web Majlis Perbandaran Padawan atau singkatannya "MPP". Laman web Majlis Perbandaran Padawan ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat mengenai pelbagai fungsi dan perkhidmatan yang disediakan oleh Majlis Perbandaran Padawan.

Majlis Perbandaran Padawan sentiasa menitikberatkan perkhidmatan berkualiti dalam urusan hariannya. Kakitangan MPP telah dilatih untuk menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi oleh orang ramai dengan cekap, berkesan dan cepat.

Pembangunan pesat yang berlaku di Bandaraya Kuching telah melimpah ke kawasan Majlis Perbandaran Padawan yang meliputi kawasan pinggir bandar. Dalam menempuh pembangunan pada masa ini, MPP memandang berat tanggungjawabnya dan sentiasa berusaha sedaya upaya untuk memenuhi kehendak orang ramai dan wawasannya untuk menyediakan persekitaran yang bersih, hijau dan selamat.

Saya ingin mengingatkan orang ramai bahawa tanggungjawab untuk mencapai wawasan ini, tidak hanya dipikul oleh Majlis Perbandaran Padawan. Orang ramai turut memainkan peranan penting dalam usaha transformasi kawasan pinggir bandar Bandaraya Kuching menjadi perbandaran yang bersih, hijau dan selamat.

Laman ini akan membantu orang ramai di dalam mengetahui dan memahami peranan serta tanggungjawab Majlis Perbandaran Padawan. Maklumat ini belum sempurna dan MPP akan sentiasa menambah baik dan mengemaskinikannya.

Kami berharap, anda mendapat maklumat yang menarik dan berfaedah semasa melayari laman web kami.

Terima Kasih

"CEKAP BERSIH DAN MAKMUR"

MICHAEL SAWENG

SETIAUSAHA PERBANDARAN
MAJLIS PERBANDARAN PADAWAN


 
<Kembali ke Atas>