|

PIAGAM PELANGGAN AM (UNTUK SETIAP BAHAGIAN MPP)
1. Kami menjamin perkhidmatan majlis yang mesra, cekap dan berkesan.
2. Tindakan akan diambil dengan serta merta apabila Majlis menerima aduan mengenai perkhidmatan majlis.
3. Segala aduan dan permintaan akan dilaksanakan oleh pihak Majlis dengan kerjasama pelanggan bagi memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh MPP dan agensi yang berkaitan.
PIAGAM PELANGGAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN
A.1 Memberi perkhidmatan telefon di peringkat Operator Telefon dengan layanan yang mesra, bersopan dan bertanggungjawab.
A.2 Menjawab panggilan dengan segera iaitu sebelum deringan ketiga atau selewat-lewatnya semasa deringan keempat dengan syarat talian telefon tidak terlalu sibuk.
A.3 Urusan penerimaan dan pengedaran surat akan diproses pada hari yang sama.
A.4 Aduan mengenai perkhidmatan majlis melalui "Talikhidmat" akan dikendalikan tidak melebihi masa tiga (3) hari bekerja.
PIAGAM PELANGGAN
BAHAGIAN PERBENDAHARAAN
Penerimaan/Kaunter Hasil
B.1 Kami menjamin akan memberi perkhidmatan kaunter yang cepat, cekap dan mesra.
B.2 Resit akan dikeluarkan untuk setiap pembayaran cukai taksiran,bil-bil dan lain-lain perkhidmatan dalam masa satu minit dari saat bil dan wang pembayaran diterima daripada pelanggan.
B.3 Kaunter Pembayaran Bil Setempat kami dibuka pada masa seperti berikut:-
Isnin-Jumaat (kecuali hari cuti umum)
8.00 pagi - 3.30 petang
Pembayaran/Tuntutan
B.4 Segala bil-bil daripada pembekal atau tuntutan pembayaran daripada kontraktor dan pihak yang menuntut bayaran akan dibayar dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan bil-bil atau tuntutan pembayaran dengan syarat semua dokumen berkenaan adalah lengkap, teratur dan telah disahkan untuk pembayaran
PIAGAM PELANGGAN
BAHAGIAN PENGUATKUASA
C.1 Aduan awam akan disiasat dalam 3 hari mulai dari tarikh aduan diterima oleh Bahagian Penguatkuasa.
C.2 Permit iklan akan dikeluarkan dalam masa 3 hari bekerja apabila syarat-syarat permit telah dipatuhi dan kelulusan diperolehi daripada pihak-pihak yang terlibat.
C.3 Proses bayaran kompaun akan dibuat dalam masa setengah jam.
C.4 Pemeriksaan tempat letak kenderaan perdagangan (LPKP) akan dibuat dalam masa 3 hari bekerja apabila semua syarat-syarat yang ditetapkan sudah dipatuhi.
PIAGAM PELANGGAN
BAHAGIAN PENILAIAN DAN PERCUKAIAN
D.1 Semua pertanyaan mengenai bil cukai pintu di kaunter Majlis akan diselesaikan dalam masa tidak melebihi 45 minit.
D.2 Permohonan untuk penukaran hakmilik hartanah di kaunter majlis akan diselesaikan dalam masa tidak melebihi 1 jam. Permohonan penukaran hakmilik hartanah melalui surat akan diselesaikan dalam masa 1 minggu dari tarikh penerimaan surat dengan syarat semua dokumen berkaitan adalah lengkap dan segala tunggakan cukai dijelaskan.
D.3 Pembayaran balik rebet cukai pintu yang telah diluluskan akan diproses oleh Bahagian Percukaian dalam masa 2 minggu dari tarikh permohonan.
D.4 Nombor rumah akan didaftar dalam masa 1 minggu dari tarikh permohonan bagi hartanah yang telah dikeluarkan permit penginapan.
D.5 Hartanah akan diukurperiksa dan dinilai dalam masa tidak melebihi 4 bulan dari tarikh permit penginapan dikeluarkan.
D.6 Penilaian pegangan untuk maksud kadaran akan dijalankan dengan adil dan saksama.
PIAGAM PELANGGAN
BAHAGIAN KESIHATAN DAN PERKHIDMATAN AWAM
E.1. Perkhidmatan Pemungutan dan Pembuangan Sampah Sarap
Kekerapan Pemungutan dan Pembuangan Sarap:
Kawasan Perumahan - 2 kali seminggu
Kawasan Komersial - 2 kali seminggu
Tong-tong sampah di pusat penjaja dan pasar awam - setiap hari
Tong-tong sampah di Perhentian Bas, Taman Rekreasi serta tempat awam - Sekali seminggu
Bahan buangan di tepi jalanraya :-
Kawasan Perumahan - Dua bulan sekali
Kawasan pusat bandar - Dua bulan sekali
E.2 Penyelenggaraan Parit dan Pemotongan Rumput
Kekerapan Penyelenggaraan Parit :-
Kawasan Perumahan/Komersial - Sekali sebulan
Kawasan Kampung - Sekali sebulan
Kekerapan Memotong Rumput :-
Kawasan Perumahan/komersial - Dua kali sebulan
Kawasan Kampung - Sekali sebulan
E.3 Menjalankan perkhidmatan pembetungan mengikut kekerapan berikut:
Premis Kediaman - 1 kali dalam 4 tahun
Premis Komersial - 1 kali dalam 2 tahun
Premis Perindustrian - 2 kali dalam setahun
E.4 Aduan tentang gangguan anjing liar dan bangkai binatang akan diambil tindakan dalam tempoh 24 jam dari masa aduan diterima.
E.5 Memastikan supaya tandas awam dibersihkan sekurang-kurangnya sekali sehari.
E.6 Permohonan bagi pelbagai jenis lessen akan diluluskan dalam tempoh tiga (3) bulan dengan syarat segala dokumen yang dikemukakan adalah lengkap dan premis yang digunakan mematuhi segala kehendak kesihatan yang telah ditetapkan.
E.7 Segala pembaharuan lesen akan diproses dan dikeluarkan dalam masa dua (2) minggu sekiranya mematuhi syarat-syarat yang ditentukan.
E.8 Pemeriksaan untuk semua premis yang berlesen akan dijalankan sekurang-kurangnya sekali dalam masa tiga (3) bulan.
E.9 Penyemburan kabus akan dilakukan dalam tempoh 36 jam selepas pemberitahuan kes denggi.
E.10 Segala aduan mengenai perkhidmatan di bawah kawalselia Bahagian Kesihatan dan Perkhidmatan Awam selain daripada yang tercatat di atas akan diambil tindakan dalam tempoh dua (2) minggu.
PIAGAM PELANGGAN
BAHAGIAN KEJURUTERAAN
F1. Pelanggan yang berurusan dengan Bahagian Kejuruteraan akan mendapat layanan yang sempurna.
F2. Memproses dan membuat keputusan/meluluskan permohonan-permohonan yang berikut dalam tempoh yang dinyatakan:
Permit Jalanraya (7 hari )
Pela Bangunan Rumah Kediaman (8 minggu )
Pelan Bangunan Projek Komersial (8 minggu )
Pelan Ubahsuai/Sambungan Rumah Kediaman (8 minggu )
Pelan Ubahsuai/Sambungan Bangunan Komersial dan Industri (8 minggu )
Pelan Kejuruteraan (3 minggu )
Permit Penginapan Bangunan Kediaman (4 minggu )
Permit Penginapan Bangunan Kedai (4 minggu )
Sijil Penyiapan Jalanraya 6 minggu
Dengan syarat dokumen-dokumen yang lengkap dan teratur serta memenuhi kehendak-kehendak yang ditetapkan ole MPP serta Jabatan-Jabatan yang berkaitan (jika bersabit) dikemukakan.
F3. Aduan kerosakan jalanraya di bawah bidangkuasa MPP akan diambil tindakan dengan seberapa segera dan dibaikpulih dalam masa tidak melebihi sepuluh (10) hari.
F4. Mempastikan kerja penyelenggaraan harian ke atas jalanraya yang berjadual di bawah bidangkuasa MPP dijalankan dengan sempurna demi untuk keselamatan pengguna jalanraya.
|