![]() |
|
|
|
|
|
Tempat Perlancongan Popular Di Kawasan Tadbiran MPP:- Perjalanan selama 1 ½ jam melalui jalan darat di sepanjang Jalan Padawan akan membawa anda ke rumah panjang ini yang bersih dan indah. Ia dibina di kaki gunung berdekatan sempadan Indonesia. Rumah panjang ini mempunyai kira-kira 120 buah bilik. Sebatang anak sungai dengan airnya yang sejuk dan jernih berkilauan menambahkan lagi keindahan semulajadi yang sudah cukup diwarnai dengan kehidupan dan kegiatan penghuninya. Bayaran Masuk: Tanpa Pemandu Arah RM5 - seorang
Perkampungan Bidayuh yang sejauh 62 km dari Kuching ini, boleh dihubungi melalui jalan darat. Di dalam rumah panjang ini dapat dilihat penghuninya tinggal bersama dengan berkongsi bilik bersama yang panjang dan "ruai" beranda terbuka dalam suasana harmoni. Bayaran Masuk: Tanpa Pemandu Arah RM5 - seorang
Rumah Panjang Benuk terletak di kilometer 50 Jalan Penrissen. Kira-kira 80 buah keluarga Bidayuh tinggal bersama dalam rumah panjang ini. Sebuah Pangah berbentuk bulat (rumah adat) merupakan satu tarikan dalam rumah panjang ini. Terdapat juga muzium mini persendirian yang mempamerkan beberapa koleksi barangan antik kepunyaan ketua adat, Encik Peka. Ia dibuka kapada orang ramai. Bayaran Masuk: Tanpa Pemandu Arah RM5 - seorang
Taman Jubilee Mas terletak di Batu 12 Jalan Matang, berdekatan dengan ‘Jambatan Merah’ yang terkenal. Taman Jubilee Mas diuruskan oleh Majlis Perbandaran Padawan. Kemasukan adalah percuma. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Majlis Perbandaran Padawan di
Taman Periuk Kera Dan Orkid Liar
Daya tarikan terbaru pelancong terletak di Kota Padawan (Pasar Bt. 10), kira-kira satu kilometer daripada pejabat utama MPP. Taman Periuk Kera dan Orkid Liar ini mempamerkan sebahagian daripada tumbuhan terlindung (Malaysia) dan beberapa daripada spesis tersebut berasal daripada negara jiran. Taman ini mempunyai lebih daripada 30 sub-spesis periuk kera ( Nepenthes ) yang terdiri daripada spesis biasa yang dikenali Nepenthes kepada jenis hibrid secara semulajadi seperti Nepenthes x hookeriana ( N, ampullaria x N. rafflesiana ). Orkid liar pula terdiri daripada spesis Angraecum eburneum, spesis Dendrobium dan spesis Zygopetalum . Selain daripada periuk kera dan orkid liar, taman ini juga mempunyai koleksi Platycerium superbum (paku pakis) dan Asplenium nidus ( sarang burung). Masa lawatan : Selasa ke Ahad ( termasuk cuti umum dan cuti rehat) * Tutup pada hari Isnin Bayaran masuk:- Dewasa RM 1.00 (Warganegara Malaysia) Kanak-kanak RM0.50 Pelancong RM2.00
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Majlis Perbandaran Padawan En. Willie Ngelai Tel: 082-6155 66
Kampung Telaga Air terletak 40 minit perjalanan (berkereta) dari bandaraya Kuching. Kampung ini terkenal dengan "Program Tinggal Bersama". Pelawat akan dikenakan dengan bayaran yang berpatutan untuk menyertai program ini. Melalui program ini, pelawat dapat merasai cara kehidupan seharian dan cara-cara tradisional tinggal di perkampungan Melayu. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi : Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Tingkat 2, Bangunan Bank Negara, Jalan Satok, Peti Surat 2201, 93744 Kuching.
Borneo Highland Resort
Pelbagai aktiviti rekreasi boleh didapati di sini. Antaranya adalah seperti menggembara di hutan, melawat taman bunga dan berjalan-jalan di ladang organik serta tapak semaian hortikultur. Ia juga merupakan syurga bagi peminat sukan golf dengan padangnya yang direka dengan 18 lubang. ‘The Clubhouse’ menawarkan bilik, chalet dan perangu (suite) yang direka untuk memenuhi citarasa para pemain golf. Untuk orang yang mementingkan kesihatan, terdapat juga Pusat Kesihatan yang dilengkapi dengan gimnasium dan juga suasana permandian yang mewah, bersama dengan mandi sungai di dalam bilik, sauna, spa, jacuzzis, kolam terapi panas dan sejuk ada ditawarkan di sini. Untuk keterangan lanjut sila hubungi:
PUSAT PEMULIHAN HIDUPAN LIAR SEMENGGOK Pusat Pemulihan Hidupan Liar Semenggoh terletak sejauh 1/2 jam perjalanan dengan menggunakan kereta dari Kuching. Untuk melawat, permit hendaklah diperolehi dari : Pusat ini adalah sebahagian daripada tempat-tempat lain yang terdapat di dalam Hutan Simpanan Semenggoh seperti Pusat Bio Semenggoh, Pusat Botanikal, Tapak Semaian, Bank Benih, Pusat Herba Etnobatani serta Taman Paku-pakis dan Orkid. Semua ini terbuka kepada semua orang awam. Pada masa ini, kemasukan adalah percuma. Waktu melawat adalah dari pukul 0830 pg-1200 tgh dan 1400 ptg-1600 ptg setiap hari Pusat ini tidak mempunyai kantin. Para pelawat yang datang adalah digalakkan untuk membawa makanan sendiri dengan syarat mereka tidak boleh membuang sampah di merata-rata tempat. Peraturan-peraturan ini hendaklah diikuti untuk melindungi Taman. Pelawat adalah dinasihatkan agar tidak berteriak di persekitaran taman dan mengambil gambar dengan menggunakan kamera yang mempunyai pancaran cahaya adalah tidak digalakkan bagi mengelakkan binatang- binatang di situ daripada tercedera. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :- Tel: 082 - 618423 (Pejabat)
Taman ini terletak kira-kira 20 km (dengan menggunakan jalan darat) dari bandaraya Kuching. Risalah mengenai Taman Negara Kubah boleh didapati dari Pusat Penerangan Pelancongan Sarawak, Jalan Masjid, 93400 Kuching. Taman yang sebahagian besarnya terdiri daripada hutan semulajadi ini, mempunyai lima jenis tumbuhan utama iaitu, hutan lanar, hutan campuran tanah rendah dipterocarp, hutan kerangas (kesihatan), hutan submont dan hutan sekunder. Hutan yang kaya ini, dengan lokasinya terletak berhampiran dengan garisan pantai, hutan bakaunya serta ciri-ciri semulajadinya yang lain, memastikan bahawa Kubah adalah habitat untuk pelbagai jenis hidupan liar termasuk babi hutan, kenyalang hitam, pelanduk, tupai dan pelbagai spesies amfibia dan reptilia. Ia juga kaya dengan pokok palma dan orkidnya. Pelawat yang ingin melawat, hendaklah mendapatkan permit yang telah disahkan dari : 1. Taman Negara Dan Hidupan Liar Jabatan Perhutanan Wisma Sumber Alam, atau 2. Pejabat Tempahan Taman Negara (Kuching), Pusat Penerangan Pelancongan Kemudahan penginapan dari khemah-khemah sehinggalah chalet yang dilengkapi dengan katil, peralatan memasak, kipas, tab mandi dan elektrik juga disediakan. Untuk keterangan lanjut sila hubungi: Taman Negara Kubah Tel: 011 - 225003
Untuk pelawat yang datang dan pergi dalam masa sehari ke Pusat Pemulihan Hidupan Liar Matang, pelawat adalah dibenarkan untuk melawat pusat tersebut selepas membayar yuran masuk dan mendaftar di pejabat pendaftaran. Permit tidak diperlukan. Bayaran Masuk :- RM3.00 (dewasa) dan RM1.00 (pelawat di bawah 18 tahun) Bagaimankah caranya untuk pergi ke sana ? |
||
|
||